"dalam kehidupan ini yang terindah...melalui usia remaja, suka duka silih berganti, menjadi kenangan abadi"..simpanlah kenangan terindahmu dengan akhlak yg terpuji..

Friday, December 9, 2011

PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA TINGKATAN (1 DAN 2) 2011


Sekali lagi Kelab bola Jaring telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring antara tingkatan 1 dan 2. Pertandingan telah berlangsung pada 8 Oktober 2011. Sebanyak 6 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka, iaitu:

1. Kita boleh!!

2. Geng 1 Azam

3. 1 Amanah Yeayy!

4. 98 Generation!

5. Flying Colours

6. One Fair 1 Adil



Setelah undian dibuat, pasukan 98 Generation, Flying Colours dan One Fair 1 Adil telah di letakkan dalam kumpulan A. Manakala pasukan 1 Amanah Yeayy!, Geng 1 Azam dan Kita Boleh!!, berada dalam kumpulan B.

Flying Colours telah menjadi johan kumpulan A dan naib juaranya ialah 98 Generation. Manakala bagi kumpulan B, juaranya ialah Kita Boleh!! Dan naib juara ialah 1 Amanah Yeayy!. Pasukan-pasukan ini telah layak ke peringkat separuh akhir. Pertandingan peringkat separuh akhir terpaksa disambung pagi esoknya iaitu 9 Oktober 2011 disebabkan kesuntukan masa.

Di peringkat separuh akhir, Juara kumpulan B telah bertemu dengan naib juara kumpulan A, dan juara kumpulan A telah bertemu dengan naib juara kumpulan B. Akhirnya pasukan Kita Boleh! dan Flying Colours telah layak ke peringkat akhir dan Juara Petandingan Bola Jaring Antara Kelas ialah Flying Colours.

Bagi kedudukan tempat ketiga dan empat, 98 Generation telah bertemu dangan 1 Amanah Yeayy!. 1 Amanah Yeayy! telah memenangi perlawanan.